Thursday, 21 February 2013

ETIKA PROFESIONAL DI ALAM MAYA

Assalamualaikum w.b.t.

Bagi tugasan kali ini, peserta kursus di dedahkan dengan penggunaan Dropbox, iaitu merupakan salah satu konsep Cloud Computing. Untuk mengetahui tentang Dropbox boleh klik pada catatan saya yang terdahulu.

ETIKA PROFESIONAL DI ALAM MAYA

Perkembangan teknologi maklumat dan perkembangan ICT telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik dalam sektor awam yang dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, penggunaan internet yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru itu, perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujudkan dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan. Hal ini berkait rapat dengan Etika Profesional di Alam Maya. Bagi mengetahui dan memahami dengan mendalam lagi tentang Etika Profesional di Alam Maya, sila klik SLIDE









Sekian....

 photo SIGNATURE_zps92e1641f.png
READ MORE- ETIKA PROFESIONAL DI ALAM MAYA

Tuesday, 19 February 2013

LAPORAN RINGKAS KURSUS PERALIHAN PEMBANTU MAKMAL KE PENOLONG PEGAWAI SAINS SEM 1 TAHAP 2

Assalamualaikum w.b.t.


Kursus Peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains anjuran Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar, UTM Johor Bahru telah diteruskan lagi bagi Sesi I Tahap II. Kursus ini bermula pada 29 Januari hingga 4 Mac 2013 yang diadakan di Bilik Seminar 2, Pusat Latihan, UTM dan di Fakulti Sains. Tujuan kursus ini didakan adalah seperi berikut :

1)     Mengukur kesesuaian seseorang Pembantu Makmal dari segi potensinya untuk menjawat jawatan
        dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C27.
2)     Menguji kemahiran sseorang Pembantu Makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugasan 
        harian yang dijalankan.
3)     Memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong 
        Pegaai Sains melalui urusan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL).

Sepanjang kursus peralihan ini, terdapat 5 modul yang perlu di ikuti oleh staf makmal. Antaranya :

1)    Fizik
2)    Kimia
3)    Biologi
4)    Geologi
5)    Teknologi Maklumat.


Berikut adalah ringkasan bagi setiap modul yang di perlu diambil oleh staf.



FIZIK





Nama Pensyarah  : Prof Madya Dr. Karim Bin Deraman
Jabatan/Fakulti     : Jabatan Fizik, Fakulti Sains
Sambungan            : 34091
Email                      : karimderaman@utm.my






 Sinopsis:


Pada semester Tahap 1 sesi 1, staf telah diberikan  pendedahan tentang konsep fizik berkatan kuantiti fizik iaitu kuantiti asas, kuantiti terbitan, simbol dan unit SI. Pengukuran asas sperti pengukuran kuantiti asas kejituan, kepekaan, kepersisan, sisihan relatif dan ralat  turut diperkenalkan. Seterusnya pada Tahap 1 sesi 2 pula subjek fizik diteruskan dengan memperkenalkan topik berkaitan dengan jirim iaitu pepejal, cecair , gas dan proses perubahanfasa jrim serta konsep tenaga yang merujuk kepada tenaga mekanik, tenaga keupayaan, dan sumber-sumber tenaga lain. Di samping itu, konsep kinematik iaitu kajian yang melibatkan pergerakan sesuatu jasad tanpa melibatkan daya yang merangkumi jarak, sesaran, halaju, dan pecutan turut dipelajari. Antar topik lain yang turut dipelajari semasa sesi 2 ini adalah konsep dinamik yang memberi pendedahan tentang jisim dan inersia, daya dan geseran termasuk hukum-hukum gerakan Newton serta momentum dan keabadian momentum. Pengenalan asas tentang topik keradioaktifan dan Isotop turut diperkenalkan. Selain itu, sepanjang mengikuti subjek ini pelajar diwajibkan untuk mengikuti kelas amali fizik yang diadakan di Makmal Fizik, Fakulti Sains, UTM.
  • Penilaian kefahaman modul yang diberikan kepada peserta kursus adalah dalam bentuk kuiz, ujian, tugasan dan peperiksaan akhir.






KIMIA


Nama Pensyarah    : Prof. Dr. Abdul Rahim Bin Yacob
Jabatan/ Fakulti      : Jabatan Kimia, Fakulti Sains
No. Sambungan      : 34505
Email                       : arahimyacob@utm.my







Sinopsis:




Modul ini adalah gabungan mata pelajaran kimia utama iaitu asas kimia tak organik, asas kimia fizik, asas kimia analisi dan asas kimia organik. Asas kimia inorganik dan analisi merangkumi tajuk-tajuk iaitu struktur atom, siri spektrum, teori atom Bohr, formula molekul, konsep mol dan kepekatan larutan, jadual berkala, ikatan kimia dan stoikiometri. Manakal asas kimia fizik pula merangkumi tajuk keadaan gas, hukum-hukum gas, gas sahih, teori kinetik gas, keadaan cecair, sifat cecair, keadaan pepejal. Asas kimia organik pula meliputi pengenalan asas sebatian organik, ikatan, formula struktur dan keinsomeran. Kesemua topik- topik diatas diperkenalkan dan diberi pendedahan kepada peserta kursus semasa di dalam semesta 1 tahap 1. Manakala semasa semester 1 tahap 2 para peserta kursus lebih diberi pendedahan dan diajar tentang pengurusan makmal dan keselamatan makmal yang merangkumi tajuk seperti :

  •     Good Laboratory Practice.
  •     Introduction to 5S
  •     Quality Management System
  •     Safe Operating System
  •     Hazard Identification, risk assessment & risk control (HIRARC).
  •     MSDS

Sepanjang mengikuti modul Kimia ini, peserta kursus dikehendaki menghadiri kelas amali dan bentuk amali adalah dengan melaksanakan amalan 5S di makmal yang telah ditetapkan.Semasa melaksanakan amalan 5S ini peserta dikehendaki bergotong royong membersihkan makmal dan mematuhi segala prosedur 5S.


  • Penilaian markah peserta bagi kursus ini adalah dalam bentuk kuiz, ujian, latihan amali dan peperiksaan akhir.




BIOLOGI


Nama Pensyarah    : Dr. Alina Wagiran
Jabatan                   : Bioteknologi dan Kejuruteraan Perubatan
Fakulti                     : Biosains dan Kejuruteraan Perubatan
No. Sambungan      : 34498
Email                       : alina@utm.my








Nama Pensyarah     : Dr. Fazilah Binti Abd Manan
Fakulti                      : Biosains dan Kejuruteraan Perubatan
No. Sambungan       : 34344
Email                        : fazilah@fbb.utm










Sinopsis:

Modul ini bertujuan untuk mendedahkan staf kepada pengetahuan biologi asas. Pemahaman prinsip biologi asas ini akan memaksimumkan penghayatan khususnya dalam mengendalikan kelas amali. Semasa semester 1 tahap 2, tajuk- tajuk yang dibincangkan adalah seperti sel sebagai asas kehidupan, fotosintesis dan respirasi, pengkhususan dan perkembangan sel, genetik perwarisan dan molekular, juga genetik populasi. Manakala  dalam Semester 1 tahap 2 , tajuk yang di bincangkan adalah lebih kepada mikroorganisma.  Di dalam bab ini staf diberi pendedahan tentang kumpulan mikororganisma yang terdiri daripada 3 jenis kumpulan iaitu kumpulan Eukariot, prokariut dan arkea. Staf juga diperkenalkan tentang jenis bakteria dan penggunaan serta kepentingan bakteria didalam kehidupan seharian. Didalam kelas amali para staf di dedahkan dengan cara- cera untuk mengkelaskan bakteria melalui ujian pewarnaan gram dan melihat sampel mikroorganisma di bawah mikroskop.

  • Di dalam modul ini, penilaian staf diperolehi melalui kuiz, ujian, kelas amali dan peperiksaan akhir.



GEOLOGI


Nama Pensyarah  : Prof. Madya Dr Radzuan Bin Junin
Jabatan/ Fakulti    : Kejuruteraan Petroleum/ Kejuruteraan Petroleun 
                                 dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui.
No. Sambungan     : 35732
Email                      : r-razuan@utm.my






Sinopsis: 

Di dalam semester 1 tahap2, topik didalam modul geologi pada kali tahap 2 ini lebih memberikan pendedahan kepada sedimentologi dan stratigrafi. Sedimentologi ialah kajian tentang batuan sedimen dan pembentukannya. Peserta kursus akan diperkenalkan tentang proses-proses penghasilan batu sedimen seperti proses luluhawa dan hakisan, angkutan dan pengendapan serta peserta akan mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang proses penghasilan batu sedimen. Selain itu,  Selain itu, peserta juga turut didedahkan juga dengan topik stratigrafi iaitu suatu ilmu yang mempelajari tentang lapisan-lapisan batuan serta hubungan lapisan batuan itu dengan lapisan batuan yang lainnya yang bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan tentang sejarah bumi. Semasa latihan amali pula peserta diajarkan bagaimana cara untuk mengkelaska saiz batuan.

  • Penilaian peserta bagi modul ini adalah berdasarkan kepada kuiz, ujian, latihan amali dan peperiksaan.





TEKNOLOGI MAKLUMAT


Nama Pensyarah     : Prof. Madya Dr. Mohd Shahrizal Bin Sunar
Jabatan                    : Grafik Komputer dan Multimedia
Fakulti                      : Sains Komputer dan Sistem Maklumat
No sambungan         : 32321
Email                        : shahrizal@utm.my








Sinopsis : 

Di dalam modul Teknologi Maklumat memperkenalkan tentang Cloud Computing dan Dropbox yang merangkumi pengenalan tentang Cloud Computing, cara penggunaan dropbox serta kebaikan dan keburukan Cloud Computing kepada pengguna. Disamping itu, staf telah diberi pendedahan tentang topik Etika & Profesional di Alam Maya. Staf juga telah diperkenalkan tentang blog dan cara penggunaan blog serta manfaat daripada penggunaan blog. Selain itu, pencarian maklumat melalui search engine, komunikasi melalui blog dan forum, social networking seperti facebook, twitter dan email seperti gmail dan hotmail diketengahkan melalui kursus ini. Sebagai pengguna ICT, kursus ini juga akan menekankan isu-isu pemilikan dan hak cipta perisian, keselamatan melalui ancaman virus, worm, dan trojan horse, salah laku dan penggodaman rangkaian internet dan komputer. Satu lawatan telah di adakan di Pusat Maklumat Iskandar Malaysia (IMIC), Pusat Konvesyen Danga Bay, Johor Bahru, Johor bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta kursus tentang teknologi yang digunakan disana dalam menyampaikan maklumat serta mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang Iskandar Malaysia. Segala tugasan yang telah diberikan dan laporan tentang lawatan di kehendaki dihantar melalui blogspot dan dropbox.



Sekian...


 photo SIGNATURE_zps92e1641f.png
READ MORE- LAPORAN RINGKAS KURSUS PERALIHAN PEMBANTU MAKMAL KE PENOLONG PEGAWAI SAINS SEM 1 TAHAP 2

Saturday, 9 February 2013

TEKNOLOGI CLOUD COMPUTING & DROPBOX

Assalamualaikum w.b.t.






Mungkin ada di kalangan anda pernah mendengar tentang Cloud Computing  ini bukan? Cloud Computing merupakan satu anjakan paradigma yang muncul selari dengan perubahan pelayan client pada awal 1980. Idea Cloud Computing pertama kali dicetuskan oleh John McCarthty , seorang pakar dalam dunia pengkomputeran yang memiliki visi tentang sistem komputasi yang akan menjadi infranstruktur awam pada masa akan datang. Masanya telah tiba dan kini Cloud Computing sudah semakin popular di kalangan pengguna , syarikat mahupun organisasi seluruh dunia . 




Apa itu Cloud Computing?





Menurut sumber sesawang iaitu Wikipedia, Cloud Computing atau dalam Bahasa Melayu disebut Perkomputeran Awan adalah gabungan daripada perkataan teknologi komputer (Komputasi) manakala perkataan awan (Cloud) pula lebih menerangkan tentang servis internet .Cloud Computing merupakan satu teknologi yang ringkas. Ianya dibina melalui beberapa rangkaian komputer ataupun rangkaian storan antara satu sama lain. Antara prinsip Cloud Computing ialah :

  • internet dianggap seperti awan besar yang berisi komputer-komputer yang saling berhubung.
  • Cloud Computing adalah gabungan dari pemanfaatan teknologi komputasi dan pengembangan berasaskan internet. Cloud Computing merupakan sebuah kaedah komputasi dimana kemampuan TI di sediakan sebagai layanan berasaskan internet.  

Cloud Computing juga boleh digunakan sama ada di atas talian (Online) ataupun diluar talian (Offline). Pengguna Cloud Computing tidak perlu menggunakan software atau hardware yang banyak untuk menggunakannya. Untuk menjayakan Cloud Computing ini, setiap rangkaian yang dibina memerlukan komputer atau storan yang kukuh dan luas untuk menampung jumlah para pengguna yang luas dan ramai.

Perkomputeran di luar talian (Offline)

Di dalam konsep perkomputeran awan di luar talian, contohnya didalam sesebuah syarikat yang mempunyai lebih 100 orang pekerja. Kemungkinan 70 peratus daripada pekerja menggunakan komputer. Manakala syarikat  tersebut perlu mengawal semua data-data syarikat supaya ianya terjaga dan memudahkan pekerja lain. jadi mereka memerlukan sebuah storan yang luas untuk menampung data-data tersebut. Dalam menggunakan konsep Cloud Computing diluar talian, syarikat tersebut memerlukan rangkaian Local Area Network atau Internet  yang membolehkan hanya pekerja syarikat sahaja yang boleh mengakses data syarikat.

Perkomputeran di atas talian (Online)

Konsep ini sangat mudah dan hampir semua pengguna internet seluruh dunia menggunakannya. Konsep ini memerlukan pengguna hostkan data pengguna kedalam tempat yang menyediakan perkhidmatan storan di dalam talian. Contoh yang paling mudah untuk memahami konsep ini ialah laman sosial facebook. Pengguna sering memuat naik  (upload) gambar atau file-file kedalam akaun facebook. Setelah  memuatnaik selesai, gambar atau file telah selamat disimpan di dalam laman facebook. Tempat lain untuk menyimpan data adalah seperti penyedia storan percuma atau berbayar. Kebiasaannya ramai yng menggunakan penyedia storan dengan menggunakan akaun yang percuma. Namun akaun percuma mempunyai batas-batas tertentu dan selalunya menyediakan ruang storan yang sedikit dan jika pengguna mahu mendapatkan lebih storan , pengguna perlu membayar dengan kadar harga yang ditetapkan.. Antara penyedia storan diatas talian adalah Dropbox, Mediafire, Box dan banyak lagi.


3 Jenis layanan Cloud Computing

Infrastructure as a Service (IAAS)

Dalam layanan ini, penyedia hanya menyediakan sumber daya komputasi seperti prosesor, memori dan storan yang sudah tervirtualisasi. Namun penyedia layanan tidak memasang sistem operasi mahupun aplikasi diatasnya. Pemilihan sistem operasi, aplikasi dan konfigurasi lainnya sepenuhnya berada pada kendalian user (pengguna). Contonya seperti Amazon elastic Copute Cloud dan Simple Storage Service.


Platform as a service (PAAS)

Memfokuskan pada aplikasi dimana dalam hal ini memungkinkan developer untuk tidak memikirkan hardware dan tetap fokus pada application development-nya.Penyedia menyediakan layanan berupa flatform ,mula mengatur server- server mereka secara virtualisasi sehingga sudah menjadi cluster sampai menyediakan sistem operasi di atasnya. Pengguna hanya perlu memasang aplikasi yang dibuat di server tersebut. Contohnya yang telah mengimplementasikan ini adalah Force.com dan Microsoft Azure invesrment.

Software as a service (SAAS)

Menfokuskan pada aplikasi dengan wed-based interface yang diakses melalui Web Service dan Web 2.0. Contohnya adalah Google Apps, SalesForce.com dan aplikasi jarinagn sosial seperti Facebook.



Apa itu Dropbox?   




Dropbox merupakan salah satu aplikasi yang menggunakan konsep Cloud Computing. Dropbox adalah media penyimpan (storage) secara online yang menawarkan ruang penyimpanan sebesar 2GB secara percuma. Dropbox ini merupakan server penyimpanan yang disediakan oleh Evenflo, Inc. Aplikasi dropbox akan mencipta folder baru di dalam komputer secara automatik selepas pengguna menginstall Dropbox. Apabila pengguna memasukkan data ke dalam folder dropbox di dalam komputer ianya secara automatik di muatnaik ke dalam folder kita yang terdapat di dropbox. Ini bermakna pengguna dapat mengakses folder walau dimana berada. Selain itu, pengguna juga dapat berkongsi maklumat atau data dengan sesiapa sahaja dengan melayari internet tanpa menggunakan sebarang alat devise seperti pendrive atau DVD tetapi dengan syarat folder pengguna. 

Antara kelebihan dropbox adalah ia dapat menyokong pelbagai jenis peranti daripada Microsoft windows, Apple Mac OSX, Apple iOS, Google Android, Linux dan sebagainya. Selain itu, Dropbox juga sangat mesra pengguna di samping mempunyai kelebihan tersendiri seperti boleh menjemput rakan unutk berkolaborasi dalam berkongsi files, fungsi direct link (hotlinking kepada gambar, mp3) dan sebagainya.





Cloud Computing- Kebaikan & Keburukan penggunaannya.

Antara Kebaikan Cloud Computing  adalah seperti:

  • Dengan adanya perhubungan internet yang pantas, kita dapat mengakses data yang telah kita simpan didalam aplikasi Cloud Computing ini walau dimana kita berada dan pada bila-bila masa sahaja tanpa kita perlu menggunakan komputer yang sama.
  • Penggunaan Cloud Computing dapat menjimatkan penggunaan ruang di dalam komputer, pendrive, DVD atau  penyimpan yang lain kerana data dapat di simpan di dalam maya.
  • Cloud Computing ini juga boleh berfungsi sebagai medium sandaran (back up) data jika komputer kita diserang virus atau rosak.
  • Disamping itu juga, Cloud Computing ini juga dapat membuka peluang kepada golongan peniaga untuk menceburi perniagaan di alam maya dan meluaskan bidang perniagaan  tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi dan perniagaan dapat dikomersilkan keseluruh negara.

Selain daripada memperoleh kebaikan daripada penggunaan Cloud Computing ini, terdapat juga beberapa kekurangan atau keburukan tentang Cloud Computing ini. Antaranya ialah:
  • Data dapat diakses oleh semua pihak tanpa pengetahuan pemilik data dan data bukan lagi bersifat rahsia. Oleh itu pengguna harus diingatkan untuk tidak memuat naik data yang sulit atau penting yang dirasakan boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungajawab untuk tujuan penganiayaan kepada pemilik data atau orang lain.
  • Untuk mengakses data di alam maya memerlukan perhubungan jaringan internet dan jika tiada jaringan internet data tidak dapat diakses.


Sebagai kesimpulannya, Cloud Computing atau Perkomputeran awan bukanlah suatu konsep yang baru malah teknologi ini telah berkembang pesat dan sudah dikenali ramai sejak akhir-akhir ini. Tanpa kita sedari sebenarnya kita turut menggunakan konsep Cloud Computing ini. Contoh konsep Cloud Computing yang selalu kita gunakan  adalah seperti layanan email awam (Gmail, Yahoo Mail, Hotmail, dsg.), jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Yahoo Messeger, Skype, Gtalk dan pelbagai lagi. Cloud Computing yang disediakan ini secara tidak langsung dapat memudahkan pengguna secara individu mahupun organisasi. Pengguna haruslah bijak memilih konsep Cloud Computing yang diingini agar ianya dapat mendatangkan faedah dan manfaat bersama  dan tidak mengundang  risiko kepada pengguna itu sendiri. 



****** Dari pelbagai sumber...


Sekian..

 photo SIGNATURE_zps92e1641f.png


READ MORE- TEKNOLOGI CLOUD COMPUTING & DROPBOX

Friday, 8 February 2013

LAWATAN KE PUSAT MAKLUMAT ISKANDAR MALAYSIA (IMIC))


Assalamualaikum w.b.t.


1. LAWATAN KE PUSAT MAKLUMAT ISKANDAR MALAYSIA (IMIC)




Pada 30/01/2013 yang lepas peserta Kursus Peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains telah mengadakan satu sesi lawatan ke Pusat Maklumat Iskandar Malaysia yang terletak di pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru, Johor. Lawatan ini merupakan salah satu tugasan kami di dalam subjek Teknologi Maklumat (IT).Sepanjang sesi lawatan ke IMIC yang berlangsung selama lebih kurang 5 jam, banyak maklumat dan pengalaman yang telah kami perolehi. Semasa sesi lawatan, kami di sambut oleh staf- staf IMIC yang begitu peramah. Sesi lawatan dimulakan dengan penyampaian taklimat berkenaan Iskandar Malaysia oleh Pegawai Perhubungan Awam, En Yusri. Semas sesi taklimat, dengan berpandukan slide show yang menarik, En Yusri telah menerangkan secara terperinci lagi tentang Iskandar Malaysia yang merangkumi sejarah ,perkembangan dan perancangan masa hadapan Iskandar Malaysia. Sesi taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab oleh kami dengan pihak penceramah. Selepas sesi taklimat kami dijemput untuk melawat ruang pameran yang telahdisdiakan dipekarangan pusat maklumat Iskandar Malaysia (IMIC)




Tetamu mendengar taklimat berkenaan Iskandar Malaysia yang disampaikan oleh En Mohd Yusri.


2. PUSAT MAKLUMAT ISKANDAR MALAYSIA (IMIC)

Pusat Maklumat Iskandar Malaysia yang terletak di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru, Johor telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 12 Februari 2012.


IMIC di rasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Pusat Maklumat Iskandar Malaysia merupakan salah satu platform interaksi dan komunikasi berpusat yang di sediakan oleh pihak IRDA kepada orang ramai termasuk golongan berkepentingan dalam menyampaikan maklumat berkaitan Iskandar Malaysia.. Antara maklumat yang dapat diperolehi di IMIC adalah seperti apa itu Iskandar Malaysia, perancangan dan perkembangan Iskandar Malaysia dan pelbagai lagi. Di IMIC dipamerkan pelbagai kemajuan pembangunan teknologi dan kerjasama antara agensi-agensi, badan- badan kerajaan dan pelabur di Iskandar Malaysia. Di pusat maklumat ini di bahagikan kepada beberapa seksyen iaitu seperti seksyen MELABUR, BEKERJA, BERMASTAUTIN dan BERIADAH.

Selain itu, antara kemudahan yang boleh diperolehi di pusat maklumat ini seperti tempat mengakses internet percuma, ruang seminar yang terbuka dan tertutup, skrin lebar serta kiosk maklumat. Pusat ini dibuka pada hari Ahad- Selasa pada jam 10 pagi hingga 7 malam dan terbuka kepada semua orang awam.


3. KEPELBAGAIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DI IMIC


Dengan keluasan 5,800 meter persegi, di ruang pameran di IMIC telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berteknologi tinggi yang bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengunjung dengan lebih berkesan dan efektif. Terdapat pelbagai jenis teknologi yang di gunakan di ruang pameran di IMIC ini. Anatarnya ialah :



Penggunaan Teknologi Wide Screen dan LCD Projektor


Lawatan kami ke ruang pameran di mulakan dengan taklimat oleh staf wanita di satu sudut hadapan ruang pameran. Di kawasan ini di tempatkan satu wide screen bersama projektor. Di sini kami disediakan dengan tayangan video yang menarik tentang sejarah ekonomi di Iskandar Malaysia. Di samping itu juga, di hadapan tayangan video ini telah di reka satu kawasan lantai bercermin yang bercahaya dan bergambar yang mana lantai ini menunjukkan peta 5 zon utama Iskandar Malaysia yang telah menarik perhatian kami semasa mula- mula memasuki ruang pusat maklumat ini.



Penggunaan skrin lebar dalam penyampaian maklumat






Lantai petak bergambar yang menunjukkan 5 zon utama Iskandar Malaysia

Selain itu, alat projektor turut di gunakan di ruang pameran lain seperti di bilik gelap yang dipanggil "Dome". Dome merupakan sebuah bilik berbentuk kubah/globe dan sfera yang menggunakan LCD projektor untuk menghasilkan paparan tiga dimensi di mana LCD projektor akan memancarkan cahaya ke arah kanta (crystal glass) yang mempunyai gambar dan seterusnya kanta tersebut akan memantulkan cahaya bergambar ke arah skrin dalam bentuk tiga dimensi (3D). Hasil pantulan yang kami dapat lihat adalah ruang bulan/ bumi yang berbentuk sfera.




LCD Projektor dan kanta (crystal glass) yang digunakan untuk memaparkan cahaya tiga dimensi 3D

Secara keseluruhannya terdapat 28 panel atau console dimana ianya menggunakan teknologi nexus iaitu ia boleh menggabungkan dan mengawal semua imej yang menggunakan LCD manakala software "metroux" digunakan untuk mengawal semua projektor di ruang informasi di IMIC.



Penggunaan Teknologi Monitor Skrin Sesentuh (Touch Screen)

Teknologi skrin sesentuh merupakan salah satu alternatif yang digunakan untuk menyampaikan maklumat di ruang pameran ini. Pada asasnya, skrin sesentuh terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu :

  • Touch Sensor- lapisan penerima input iaitu sentuhan dari luar monitor.
  • Controller   - komponen yang berfungsi sebagai penghubung antara sensor dan komputer yang                                       akan memproses maklumat sentuhan dan mengeluarkan output. 
  • Software driver

Antara kawasan yang menempatkan penggunaan teknologi skrin sesentuh ini adalah di seksyen Melabur (Invest) dan Bekerja (work). Di ruang ini terdapat skrin sesentuh berpetak yang dibahagikan kepada beberapa bahagian skrin seperti Melabur (Invest), Gaya hidup (Live), Bekerja (Work) dan Beriadah (Play).Segala maklumat berkaitan boleh diperolehi dengan hanya menyentuh ke skrin maklumat tersebut. Sebagai contoh, jika kita ingin mengetahui tentang peluang pekerjaan yang ada di Iskandar Malaysia, kita hanya perlu menyentuh skrin pada bahagian Work dan mengikut arahan yang telah disediakan. 




Monitor skrin sesentuh yang terdiri daripada  4 bahagian. Pengunjung hanya perlu menyentuh skrin untuk mendapatkan maklumat. 

Selain itu, di ruangan ini juga menempatkan pelbagai permainan interaktif yang menggunakan teknologi skrin sesentuh. Kebanyakan permainan ini bertujuan untuk memberi info tentang Iskandar Malaysia dan menguji pengetahuan dan kefahaman pengunjung terhadap Iskandar Malaysia disamping dapat memberi keseronokan kepada pengunjung. Permainan interaktif yang dikhaskan ini sesuai untuk semua golongan. 





Permainan interaktif menggunakan teknologi skrin sesentuh turut disediakan kepada para pengunjung untuk menguji minda tentang Iskandar Malaysia.




Penggunaan Teknologi Sensor Gerakan
Teknologi sensor merupakan salah satu teknologi canggih yang menjadi sebutan pada masa kini. Oleh itu, di pusat maklumat ini, satu permainan interaktif yang menggunakan teknologi sensor gerakan turut disediakan di seksyen "Play". Melalui teknologi sensor gerakan, pemain perlu berada di atas satu hamparan kecil dan hanya perlu menggerakkan tapak tangan untuk menyiapkan puzzle logo Iskandar Malaysia yang dipaparkan di skrin LCD. Sensor akan mengesan pergerakan dan akan mengeluarkan output dengan menggerakkan kepingan-kepingan puzzle mengikut  arah gerakan tangan si pemain. 

 

Permainan puzzle yang menggunakan teknologi sensor gerakan




Permainan bowling yang menggunakan teknologi sensor gerakan.




Penggunaan Pelbagai Jenis Simulator


Selain daripada penggunaan teknologi LCD Projektor, Skrin Sesentuh serta teknologi sensor, ruang pameran khusus di seksyan Riadah (Play) turut menyediakan pelbagai kaedah seperti teknologi simulator dalam menyampaikan maklumat dan memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai dan mendapat gambaran tentang Iskandar Malaysia. Bentuk-bentuk simulator yang disediakan di ruang pameran ini adalah seperti:



The Heli-Ride

The Heli Ride

Melalui alat simulator "The Heli Ride" ini, pengunjung seolah-olah dapat merasai suasana sebenar dan menghayati keindahan pemandangan kawasan Iskandar Malaysia dari ruang udara.


 
  The Boat Simulator 

Ramsar Boat 

"The Boat Simulator" atau lebih dikenali sebagai "Ramsar Boat". Dengan penyediaan skrin lebar (wide screen) berserta video dan penghasilan pergerakan bot yang sama seperti berada didalam bot sebenar, pengunjung dapat merasai seolah-olah sedang berada di dalam bot dan sedang menyusuri Sungai Pulai melihat keindahan flora dan fauna. 
.


Legoland Discovery Centre

Sudut Legoland turut disediakan diruang pameran IMIC

Sudut Legoland disediakan untuk memberi maklumat kepada pengunjung tentang pembangunan Legoland yang merupakan salah satu projek di Iskandar Malaysia. 

Dengan adanya ruang pameran dan informasi yang berteknologi tinggi dan canggih ini secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada semua pihak berkepentingan untuk memahami, memperlajari dan mengambil bahagian dalam perkembangan Iskandar Malaysia serta ia juga dapat membantu menggalakkan pemahaman dengan lebih mendalam mengenai pelan induk Iskandar Malaysia. 


Beberapa teknologi lain yang digunakan di ruang pameran di IMIC ditunjukkan di dalam gamba dibawah:


Salah satu ruang pameran di IMIC 



Kamera webcam turut disediakan untuk pengunjung mengabadikan kenangan semasa lawatan. 

Skrin-skrin yang memaparkan maklumat tentang Iskandar Malaysia. 



4. APA ITU ISKANDAR MALAYSIA? 








Nama Iskandar Malaysia diambil bersempena nama sultan Johor iaitu Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail. Namanya telah di tukar daripada Pembangunan Wilayah Iskandar kepada Iskandar Malaysia pada 11 April 2008. Iskandar Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan dibahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor. Wilayah ekonomi ini bakal menjadi tumpuan kerana keunikannya menggabungkan gaya hidup, hiburan, persekitaran, sosio ekonomi yang lebih sempurna seiring dengan kepesatan pembangunan sebagai metropolis yang kukuh dan bertaraf antarabangsa. Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025. Iskandar Regional Development Authority (IRDA) merupakan satu badan yang bertanggungajwab kearah melaksanakan dasar dan strater\gi dalam pembangunan Iskandar Malaysia dengan   kata lain IRDA bertanggungjawab dalam merealisasikan misi dan objektif Iskandar Malaysia.

Terdapat 5 Zon Ekonomi utama di Iskandar Malaysia. Antaranya ialah:

---> Zon A - Pusat Bandaraya Johor Bahru
---> Zon B - Nusajaya
---> Zon C - Pembangunan Gerbang Barat
---> Zon D - Pembangunan Gerbang Timur 
---> Zon E - Senai- Skudai






Terletak di persimpangan laluan timur barat yang menjadi pertengahan antara pasaran negara China dan negara India.dan dihuni oleh penduduk yang fasih dengan pelbagai bangsa, tenaga kerja yang berpendidikan dari negeri Johor dan negeri-negeri lain di Malaysia serta banyak lagi kelegihan strategik yang terdapat di Iskandar Malaysia mampu merealisasikan visi IRDA dalam melahirkan Iskandar Malaysia yang Mana menjadi pilihan untuk masyarakat dalam negara termasuk luar negara untuk melabur, bekerja, bermastautin dan beriadah selaras dengan visi Iskandar Malaysia.

Selain itu, Iskandar Malaysia dijangka mampu menarik banyak pelaburan daripada syarikat pelaburan asing dan syarikat bertaraf tinggi untuk melabur dan mendapat manfaat dan kelebihan kerana lokasinya yang strategik isitu ia dapat menghubungkan laluan ke bandaraya di Asia, berhampiran dengan beberapa ekonomi dunia yang paling pesat dan berkembang. Antar projek yang akan di bangunkan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia adlah seperti :


  • Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Persekutuan Negeri Johor
  • Pelabuhan Tanjung Pelepas
  • Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai)
  • Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggi
  • Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara)
  • Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara Bertaraf dunia (Hab Pendidikan)
  • Pusat Pembangunan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan.






Dengan adanya pembangunan Iskandar Malaysia ini secara tidak langsung dapat meningkatkan peluang pekerjaan dalam pelbagai kelompok kepada masyarakat tempatan termasuk masyarakat luar dan sekali gus dapat meningkatkan dan memantapkan serta mengukuhkan lagi ekonomi ini. Sebagai contoh, dengan pembukaan Taman Tema Legoland Malaysia, di Iskandar Malaysia telah dapat membuka pasaan kreativiti dan peluang pekerjaan kepada golongan belia Malaysia terutamanya rakyat Johor sendiri.

Disamping itu, Iskandar Malaysia turut memberi  kemudahan kepada masyarakat seperti kemudahan infranstruktur dengan menyediakan tempat tinggal yang mencukupi, sistem perhubungan jalan yang lebih baik, kemudahan hospital dan pusat pendidikan di samping turut menyediakan kawasan rekreasi seperti taman tema, pulau dan pantai dan banyak lagi bersesuaian dengan matlamat utama Iskanda Malaysia iaitu dalam melahirkan komuniti pemastautin yang aktif, komprehensif, berhubungan serta berdaya saing.


5. BAGAIMANA MAKLUMAT UTM DIMASUKKAN KE IMIC

Penubuhan Pusat Maklumat Iskandar Malaysia (IMIC) adalah salah satu internatif yang dilaksanakan oleh pihak IRDA dalam menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan tentang Iskandar Malaysia. Keberkesanan IMIC dalam memberi maklumat terbukti dengan peningkatan jumlah pelabur di Iskandar Malaysia serta penerimaan dan kefahaman orang awam tentang Iskandar Malaysia. Kepelbagaian penggunaan teknologi yang digunakan dan kaedah kreatif dan inovatif memainkan peranan penting dalam menarik mint orang awamuntuk mendapatkan dan memahami maklumat.

Seperti yang kita sedia maklum, Universiti Teknologi Malaysia UTM merupakan salah satu lokasi Iskandar Malaysia yang mana ianya terletak di Zon E: Senai-Skudai. Oleh itu, semestinya UTM juga tidak terkecuali menjadi tumpuan kepada para pengunjung termasuk para pelabur dalam mendapatkan maklumat. Bagi memberikan pendedahan yang lebih terperinci tentang UTM, Pusat Maklumat Iskandar Malaysia (IMIC) boleh menjadi salah satu tempat yang boleh dijadikan sumber maklumat kepada orang awam untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang UTM. Antara kaedh atau cadangan yang berkesan untuk menyampaikan maklumat UTM di IMIC adalah seperti berikut:

  • Mengadakan satu ruang pameran yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi seperti teknologi skrin sesentuh dan video. Dengan penggunaan skrin sesentuh maklumat UTM boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti tentang sejarah UTM, Perkhidmatan di UTM, Kejayaan UTM dan banyak lagi maklumat yang mampu menarik masyarakat luar khususnya pelabur untuk bekerjasama dengan UTM.
  • Mewujudkan alat permainan alternatif berkaitan UTM dan memperkenalkan produk inovasi UTM kepada orang awam.
  • Menyediakan satu ruang sumber rujukan kepada golongan belia dan orang awam untuk mengetahui tentang bidang akademik dan kerjaya di UTM.
  • Menyediakan perkhidmatan internet yang membolehkan pengunjung memasuki laman sesawang UTM dan berurusan dengan UTM secara di alam maya.

HASIL LAWATAN DAN KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, hasil daripada lawatan yang kami sertai, terdapat banyak maklumat yang diperolehi tentang Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC) dan yang lebih penting adalah tentang Iskandar Malaysia. Kepelbagaian sistem informasi yang berteknologi tinggi yang di sumbangkan oleh pelbagai badan berorganisasi di dalam IMIC ini dapat memberi info yang berkualiti tentang Iskandar Malaysia dimana ianya mampu menarik minat masyarakat atau orang luar termasuk pelabur untuk hadir dan memahami sendiri dasar-dasar serta objektif ISkandar Malaysia dengan lebih berkesan.

Selain itu juga, masyarakat Malaysia khususnya rakyat negeri Johor sendiri secara tidak langsung perlu juga memainkan peranan dalam memperkenalkan atau memberikan maklumat kepada pihak luar atau dikalangan masyarakt sendiri tentang Iskandar Malaysia dalam usaha membantu merealisasikan projek Iskandar Malaysia dan secara tidak langsung dapat meletakkan Malaysia sebaris dengan negara- negara maju  diperingkat global.



------> Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Iskandar Malaysia, boleh klik

           ISKANDAR MALAYSIA atau IRDA



Sekian,

 photo SIGNATURE_zps92e1641f.png

READ MORE- LAWATAN KE PUSAT MAKLUMAT ISKANDAR MALAYSIA (IMIC))