Assalamualaikum w.b.t.
1. LAWATAN KE PUSAT MAKLUMAT ISKANDAR MALAYSIA (IMIC)
![]() |
| Tetamu mendengar taklimat berkenaan Iskandar Malaysia yang disampaikan oleh En Mohd Yusri. |
2. PUSAT MAKLUMAT ISKANDAR MALAYSIA (IMIC)
Pusat Maklumat Iskandar Malaysia yang terletak di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru, Johor telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 12 Februari 2012.
![]() |
| IMIC di rasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar |
Pusat Maklumat Iskandar Malaysia merupakan salah satu platform interaksi dan komunikasi berpusat yang di sediakan oleh pihak IRDA kepada orang ramai termasuk golongan berkepentingan dalam menyampaikan maklumat berkaitan Iskandar Malaysia.. Antara maklumat yang dapat diperolehi di IMIC adalah seperti apa itu Iskandar Malaysia, perancangan dan perkembangan Iskandar Malaysia dan pelbagai lagi. Di IMIC dipamerkan pelbagai kemajuan pembangunan teknologi dan kerjasama antara agensi-agensi, badan- badan kerajaan dan pelabur di Iskandar Malaysia. Di pusat maklumat ini di bahagikan kepada beberapa seksyen iaitu seperti seksyen MELABUR, BEKERJA, BERMASTAUTIN dan BERIADAH.
Selain itu, antara kemudahan yang boleh diperolehi di pusat maklumat ini seperti tempat mengakses internet percuma, ruang seminar yang terbuka dan tertutup, skrin lebar serta kiosk maklumat. Pusat ini dibuka pada hari Ahad- Selasa pada jam 10 pagi hingga 7 malam dan terbuka kepada semua orang awam.
Dengan keluasan 5,800 meter persegi, di ruang pameran di IMIC telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berteknologi tinggi yang bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengunjung dengan lebih berkesan dan efektif. Terdapat pelbagai jenis teknologi yang di gunakan di ruang pameran di IMIC ini. Anatarnya ialah :
Penggunaan Teknologi Wide Screen dan LCD Projektor
Lawatan kami ke ruang pameran di mulakan dengan taklimat oleh staf wanita di satu sudut hadapan ruang pameran. Di kawasan ini di tempatkan satu wide screen bersama projektor. Di sini kami disediakan dengan tayangan video yang menarik tentang sejarah ekonomi di Iskandar Malaysia. Di samping itu juga, di hadapan tayangan video ini telah di reka satu kawasan lantai bercermin yang bercahaya dan bergambar yang mana lantai ini menunjukkan peta 5 zon utama Iskandar Malaysia yang telah menarik perhatian kami semasa mula- mula memasuki ruang pusat maklumat ini.
![]() |
Penggunaan skrin lebar dalam penyampaian maklumat |
![]() |
| Lantai petak bergambar yang menunjukkan 5 zon utama Iskandar Malaysia |
Selain itu, alat projektor turut di gunakan di ruang pameran lain seperti di bilik gelap yang dipanggil "Dome". Dome merupakan sebuah bilik berbentuk kubah/globe dan sfera yang menggunakan LCD projektor untuk menghasilkan paparan tiga dimensi di mana LCD projektor akan memancarkan cahaya ke arah kanta (crystal glass) yang mempunyai gambar dan seterusnya kanta tersebut akan memantulkan cahaya bergambar ke arah skrin dalam bentuk tiga dimensi (3D). Hasil pantulan yang kami dapat lihat adalah ruang bulan/ bumi yang berbentuk sfera.
![]() |
LCD Projektor dan kanta (crystal glass) yang digunakan untuk memaparkan cahaya tiga dimensi 3D |
Penggunaan Teknologi Monitor Skrin Sesentuh (Touch Screen)
Teknologi skrin sesentuh merupakan salah satu alternatif yang digunakan untuk menyampaikan maklumat di ruang pameran ini. Pada asasnya, skrin sesentuh terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu :
- Touch Sensor- lapisan penerima input iaitu sentuhan dari luar monitor.
- Controller - komponen yang berfungsi sebagai penghubung antara sensor dan komputer yang akan memproses maklumat sentuhan dan mengeluarkan output.
- Software driver
Antara kawasan yang menempatkan penggunaan teknologi skrin sesentuh ini adalah di seksyen Melabur (Invest) dan Bekerja (work). Di ruang ini terdapat skrin sesentuh berpetak yang dibahagikan kepada beberapa bahagian skrin seperti Melabur (Invest), Gaya hidup (Live), Bekerja (Work) dan Beriadah (Play).Segala maklumat berkaitan boleh diperolehi dengan hanya menyentuh ke skrin maklumat tersebut. Sebagai contoh, jika kita ingin mengetahui tentang peluang pekerjaan yang ada di Iskandar Malaysia, kita hanya perlu menyentuh skrin pada bahagian Work dan mengikut arahan yang telah disediakan.
![]() |
Monitor skrin sesentuh yang terdiri daripada 4 bahagian. Pengunjung hanya perlu menyentuh skrin untuk mendapatkan maklumat. |
![]() |
Permainan interaktif menggunakan teknologi skrin sesentuh turut disediakan kepada para pengunjung untuk menguji minda tentang Iskandar Malaysia. |
Permainan puzzle yang menggunakan teknologi sensor gerakan |
![]() |
Permainan bowling yang menggunakan teknologi sensor gerakan. |
Penggunaan Pelbagai Jenis Simulator
Selain daripada penggunaan teknologi LCD Projektor, Skrin Sesentuh serta teknologi sensor, ruang pameran khusus di seksyan Riadah (Play) turut menyediakan pelbagai kaedah seperti teknologi simulator dalam menyampaikan maklumat dan memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai dan mendapat gambaran tentang Iskandar Malaysia. Bentuk-bentuk simulator yang disediakan di ruang pameran ini adalah seperti:
The Heli-Ride
![]() |
The Heli Ride |
Melalui alat simulator "The Heli Ride" ini, pengunjung seolah-olah dapat merasai suasana sebenar dan menghayati keindahan pemandangan kawasan Iskandar Malaysia dari ruang udara.
.
The Boat Simulator
Ramsar Boat |
"The Boat Simulator" atau lebih dikenali sebagai "Ramsar Boat". Dengan penyediaan skrin lebar (wide screen) berserta video dan penghasilan pergerakan bot yang sama seperti berada didalam bot sebenar, pengunjung dapat merasai seolah-olah sedang berada di dalam bot dan sedang menyusuri Sungai Pulai melihat keindahan flora dan fauna.
.
Legoland Discovery Centre
Sudut Legoland turut disediakan diruang pameran IMIC |
Sudut Legoland disediakan untuk memberi maklumat kepada pengunjung tentang pembangunan Legoland yang merupakan salah satu projek di Iskandar Malaysia.
Dengan adanya ruang pameran dan informasi yang berteknologi tinggi dan canggih ini secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada semua pihak berkepentingan untuk memahami, memperlajari dan mengambil bahagian dalam perkembangan Iskandar Malaysia serta ia juga dapat membantu menggalakkan pemahaman dengan lebih mendalam mengenai pelan induk Iskandar Malaysia.
Dengan adanya ruang pameran dan informasi yang berteknologi tinggi dan canggih ini secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada semua pihak berkepentingan untuk memahami, memperlajari dan mengambil bahagian dalam perkembangan Iskandar Malaysia serta ia juga dapat membantu menggalakkan pemahaman dengan lebih mendalam mengenai pelan induk Iskandar Malaysia.
Beberapa teknologi lain yang digunakan di ruang pameran di IMIC ditunjukkan di dalam gamba dibawah:
![]() |
Salah satu ruang pameran di IMIC |
Kamera webcam turut disediakan untuk pengunjung mengabadikan kenangan semasa lawatan. |
![]() |
Skrin-skrin yang memaparkan maklumat tentang Iskandar Malaysia. |
4. APA ITU ISKANDAR MALAYSIA?
Nama Iskandar Malaysia diambil bersempena nama sultan Johor iaitu Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail. Namanya telah di tukar daripada Pembangunan Wilayah Iskandar kepada Iskandar Malaysia pada 11 April 2008. Iskandar Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan dibahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor. Wilayah ekonomi ini bakal menjadi tumpuan kerana keunikannya menggabungkan gaya hidup, hiburan, persekitaran, sosio ekonomi yang lebih sempurna seiring dengan kepesatan pembangunan sebagai metropolis yang kukuh dan bertaraf antarabangsa. Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025. Iskandar Regional Development Authority (IRDA) merupakan satu badan yang bertanggungajwab kearah melaksanakan dasar dan strater\gi dalam pembangunan Iskandar Malaysia dengan kata lain IRDA bertanggungjawab dalam merealisasikan misi dan objektif Iskandar Malaysia.
Terdapat 5 Zon Ekonomi utama di Iskandar Malaysia. Antaranya ialah:
---> Zon A - Pusat Bandaraya Johor Bahru
---> Zon B - Nusajaya
---> Zon C - Pembangunan Gerbang Barat
---> Zon D - Pembangunan Gerbang Timur
---> Zon E - Senai- Skudai
---> Zon A - Pusat Bandaraya Johor Bahru
---> Zon B - Nusajaya
---> Zon C - Pembangunan Gerbang Barat
---> Zon D - Pembangunan Gerbang Timur
---> Zon E - Senai- Skudai
Terletak di persimpangan laluan timur barat yang menjadi pertengahan antara pasaran negara China dan negara India.dan dihuni oleh penduduk yang fasih dengan pelbagai bangsa, tenaga kerja yang berpendidikan dari negeri Johor dan negeri-negeri lain di Malaysia serta banyak lagi kelegihan strategik yang terdapat di Iskandar Malaysia mampu merealisasikan visi IRDA dalam melahirkan Iskandar Malaysia yang Mana menjadi pilihan untuk masyarakat dalam negara termasuk luar negara untuk melabur, bekerja, bermastautin dan beriadah selaras dengan visi Iskandar Malaysia.
Selain itu, Iskandar Malaysia dijangka mampu menarik banyak pelaburan daripada syarikat pelaburan asing dan syarikat bertaraf tinggi untuk melabur dan mendapat manfaat dan kelebihan kerana lokasinya yang strategik isitu ia dapat menghubungkan laluan ke bandaraya di Asia, berhampiran dengan beberapa ekonomi dunia yang paling pesat dan berkembang. Antar projek yang akan di bangunkan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia adlah seperti :
- Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Persekutuan Negeri Johor
- Pelabuhan Tanjung Pelepas
- Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai)
- Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggi
- Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara)
- Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara Bertaraf dunia (Hab Pendidikan)
- Pusat Pembangunan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan.
Dengan adanya pembangunan Iskandar Malaysia ini secara tidak langsung dapat meningkatkan peluang pekerjaan dalam pelbagai kelompok kepada masyarakat tempatan termasuk masyarakat luar dan sekali gus dapat meningkatkan dan memantapkan serta mengukuhkan lagi ekonomi ini. Sebagai contoh, dengan pembukaan Taman Tema Legoland Malaysia, di Iskandar Malaysia telah dapat membuka pasaan kreativiti dan peluang pekerjaan kepada golongan belia Malaysia terutamanya rakyat Johor sendiri.
Disamping itu, Iskandar Malaysia turut memberi kemudahan kepada masyarakat seperti kemudahan infranstruktur dengan menyediakan tempat tinggal yang mencukupi, sistem perhubungan jalan yang lebih baik, kemudahan hospital dan pusat pendidikan di samping turut menyediakan kawasan rekreasi seperti taman tema, pulau dan pantai dan banyak lagi bersesuaian dengan matlamat utama Iskanda Malaysia iaitu dalam melahirkan komuniti pemastautin yang aktif, komprehensif, berhubungan serta berdaya saing.
5. BAGAIMANA MAKLUMAT UTM DIMASUKKAN KE IMIC
Penubuhan Pusat Maklumat Iskandar Malaysia (IMIC) adalah salah satu internatif yang dilaksanakan oleh pihak IRDA dalam menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan tentang Iskandar Malaysia. Keberkesanan IMIC dalam memberi maklumat terbukti dengan peningkatan jumlah pelabur di Iskandar Malaysia serta penerimaan dan kefahaman orang awam tentang Iskandar Malaysia. Kepelbagaian penggunaan teknologi yang digunakan dan kaedah kreatif dan inovatif memainkan peranan penting dalam menarik mint orang awamuntuk mendapatkan dan memahami maklumat.
Seperti yang kita sedia maklum, Universiti Teknologi Malaysia UTM merupakan salah satu lokasi Iskandar Malaysia yang mana ianya terletak di Zon E: Senai-Skudai. Oleh itu, semestinya UTM juga tidak terkecuali menjadi tumpuan kepada para pengunjung termasuk para pelabur dalam mendapatkan maklumat. Bagi memberikan pendedahan yang lebih terperinci tentang UTM, Pusat Maklumat Iskandar Malaysia (IMIC) boleh menjadi salah satu tempat yang boleh dijadikan sumber maklumat kepada orang awam untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang UTM. Antara kaedh atau cadangan yang berkesan untuk menyampaikan maklumat UTM di IMIC adalah seperti berikut:
- Mengadakan satu ruang pameran yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi seperti teknologi skrin sesentuh dan video. Dengan penggunaan skrin sesentuh maklumat UTM boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti tentang sejarah UTM, Perkhidmatan di UTM, Kejayaan UTM dan banyak lagi maklumat yang mampu menarik masyarakat luar khususnya pelabur untuk bekerjasama dengan UTM.
- Mewujudkan alat permainan alternatif berkaitan UTM dan memperkenalkan produk inovasi UTM kepada orang awam.
- Menyediakan satu ruang sumber rujukan kepada golongan belia dan orang awam untuk mengetahui tentang bidang akademik dan kerjaya di UTM.
- Menyediakan perkhidmatan internet yang membolehkan pengunjung memasuki laman sesawang UTM dan berurusan dengan UTM secara di alam maya.
HASIL LAWATAN DAN KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, hasil daripada lawatan yang kami sertai, terdapat banyak maklumat yang diperolehi tentang Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC) dan yang lebih penting adalah tentang Iskandar Malaysia. Kepelbagaian sistem informasi yang berteknologi tinggi yang di sumbangkan oleh pelbagai badan berorganisasi di dalam IMIC ini dapat memberi info yang berkualiti tentang Iskandar Malaysia dimana ianya mampu menarik minat masyarakat atau orang luar termasuk pelabur untuk hadir dan memahami sendiri dasar-dasar serta objektif ISkandar Malaysia dengan lebih berkesan.
Selain itu juga, masyarakat Malaysia khususnya rakyat negeri Johor sendiri secara tidak langsung perlu juga memainkan peranan dalam memperkenalkan atau memberikan maklumat kepada pihak luar atau dikalangan masyarakt sendiri tentang Iskandar Malaysia dalam usaha membantu merealisasikan projek Iskandar Malaysia dan secara tidak langsung dapat meletakkan Malaysia sebaris dengan negara- negara maju diperingkat global.
------> Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Iskandar Malaysia, boleh klik
ISKANDAR MALAYSIA atau IRDA
ISKANDAR MALAYSIA atau IRDA
Sekian,
















No comments:
Post a Comment