Kursus Peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains anjuran Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar, UTM Johor Bahru telah diteruskan lagi bagi Sesi I Tahap II. Kursus ini bermula pada 29 Januari hingga 4 Mac 2013 yang diadakan di Bilik Seminar 2, Pusat Latihan, UTM dan di Fakulti Sains. Tujuan kursus ini didakan adalah seperi berikut :
1) Mengukur kesesuaian seseorang Pembantu Makmal dari segi potensinya untuk menjawat jawatan
dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C27.
2) Menguji kemahiran sseorang Pembantu Makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugasan
harian yang dijalankan.
3) Memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong
Pegaai Sains melalui urusan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL).
Sepanjang kursus peralihan ini, terdapat 5 modul yang perlu di ikuti oleh staf makmal. Antaranya :
1) Fizik
2) Kimia
3) Biologi
4) Geologi
5) Teknologi Maklumat.
Berikut adalah ringkasan bagi setiap modul yang di perlu diambil oleh staf.
FIZIK
Nama Pensyarah : Prof Madya Dr. Karim Bin Deraman
Jabatan/Fakulti : Jabatan Fizik, Fakulti Sains
Sambungan : 34091
Email : karimderaman@utm.my
Pada semester Tahap 1 sesi 1, staf telah diberikan pendedahan tentang konsep fizik berkatan kuantiti fizik iaitu kuantiti asas, kuantiti terbitan, simbol dan unit SI. Pengukuran asas sperti pengukuran kuantiti asas kejituan, kepekaan, kepersisan, sisihan relatif dan ralat turut diperkenalkan. Seterusnya pada Tahap 1 sesi 2 pula subjek fizik diteruskan dengan memperkenalkan topik berkaitan dengan jirim iaitu pepejal, cecair , gas dan proses perubahanfasa jrim serta konsep tenaga yang merujuk kepada tenaga mekanik, tenaga keupayaan, dan sumber-sumber tenaga lain. Di samping itu, konsep kinematik iaitu kajian yang melibatkan pergerakan sesuatu jasad tanpa melibatkan daya yang merangkumi jarak, sesaran, halaju, dan pecutan turut dipelajari. Antar topik lain yang turut dipelajari semasa sesi 2 ini adalah konsep dinamik yang memberi pendedahan tentang jisim dan inersia, daya dan geseran termasuk hukum-hukum gerakan Newton serta momentum dan keabadian momentum. Pengenalan asas tentang topik keradioaktifan dan Isotop turut diperkenalkan. Selain itu, sepanjang mengikuti subjek ini pelajar diwajibkan untuk mengikuti kelas amali fizik yang diadakan di Makmal Fizik, Fakulti Sains, UTM.
- Penilaian kefahaman modul yang diberikan kepada peserta kursus adalah dalam bentuk kuiz, ujian, tugasan dan peperiksaan akhir.
KIMIA
Nama Pensyarah : Prof. Dr. Abdul Rahim Bin Yacob
Jabatan/ Fakulti : Jabatan Kimia, Fakulti SainsNo. Sambungan : 34505
Email : arahimyacob@utm.my
Sinopsis:
Modul ini adalah gabungan mata pelajaran kimia
utama iaitu asas kimia tak organik, asas kimia fizik, asas kimia analisi dan
asas kimia organik. Asas kimia inorganik dan analisi merangkumi tajuk-tajuk
iaitu struktur atom, siri spektrum, teori atom Bohr, formula molekul, konsep
mol dan kepekatan larutan, jadual berkala, ikatan kimia dan stoikiometri.
Manakal asas kimia fizik pula merangkumi tajuk keadaan gas, hukum-hukum gas,
gas sahih, teori kinetik gas, keadaan cecair, sifat cecair, keadaan pepejal.
Asas kimia organik pula meliputi pengenalan asas sebatian organik, ikatan,
formula struktur dan keinsomeran. Kesemua topik- topik diatas diperkenalkan dan
diberi pendedahan kepada peserta kursus semasa di dalam semesta 1 tahap 1.
Manakala semasa semester 1 tahap 2 para peserta kursus lebih diberi pendedahan
dan diajar tentang pengurusan makmal dan keselamatan makmal yang merangkumi
tajuk seperti :
- Good Laboratory Practice.
- Introduction to 5S
- Quality Management System
- Safe Operating System
- Hazard Identification, risk assessment & risk control (HIRARC).
- MSDS
Sepanjang mengikuti modul Kimia ini, peserta kursus
dikehendaki menghadiri kelas amali dan bentuk amali adalah dengan melaksanakan amalan
5S di makmal yang telah ditetapkan.Semasa melaksanakan amalan 5S ini peserta
dikehendaki bergotong royong membersihkan makmal dan mematuhi segala prosedur
5S.
- Penilaian markah peserta bagi kursus ini adalah dalam bentuk kuiz, ujian, latihan amali dan peperiksaan akhir.
BIOLOGI
Nama Pensyarah : Dr. Alina Wagiran
Jabatan : Bioteknologi dan Kejuruteraan Perubatan
Fakulti : Biosains dan Kejuruteraan Perubatan
No. Sambungan : 34498
Email : alina@utm.my

Nama Pensyarah : Dr. Fazilah Binti Abd Manan
Fakulti : Biosains dan Kejuruteraan Perubatan
No. Sambungan : 34344
Email : fazilah@fbb.utm
Sinopsis:
Modul ini bertujuan untuk mendedahkan staf kepada pengetahuan
biologi asas. Pemahaman prinsip biologi asas ini akan memaksimumkan penghayatan
khususnya dalam mengendalikan kelas amali. Semasa semester 1 tahap 2, tajuk-
tajuk yang dibincangkan adalah seperti sel sebagai asas kehidupan, fotosintesis
dan respirasi, pengkhususan dan perkembangan sel, genetik perwarisan dan
molekular, juga genetik populasi. Manakala
dalam Semester 1 tahap 2 , tajuk yang di bincangkan adalah lebih kepada
mikroorganisma. Di dalam bab ini staf
diberi pendedahan tentang kumpulan mikororganisma yang terdiri daripada 3 jenis
kumpulan iaitu kumpulan Eukariot, prokariut dan arkea. Staf juga diperkenalkan
tentang jenis bakteria dan penggunaan serta kepentingan bakteria didalam
kehidupan seharian. Didalam kelas amali para staf di dedahkan dengan cara- cera
untuk mengkelaskan bakteria melalui ujian pewarnaan gram dan melihat sampel
mikroorganisma di bawah mikroskop.
- Di dalam modul ini, penilaian staf diperolehi melalui kuiz, ujian, kelas amali dan peperiksaan akhir.
GEOLOGI
Nama Pensyarah : Prof. Madya Dr Radzuan Bin Junin
Jabatan/ Fakulti : Kejuruteraan Petroleum/ Kejuruteraan Petroleun
dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui.
No. Sambungan : 35732
Email : r-razuan@utm.my
Sinopsis:
Di dalam semester 1 tahap2, topik didalam modul geologi pada
kali tahap 2 ini lebih memberikan pendedahan kepada sedimentologi dan
stratigrafi. Sedimentologi ialah kajian tentang batuan sedimen dan
pembentukannya. Peserta kursus akan diperkenalkan tentang proses-proses
penghasilan batu sedimen seperti proses luluhawa dan hakisan, angkutan dan
pengendapan serta peserta akan mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang
proses penghasilan batu sedimen. Selain itu,
Selain itu, peserta juga turut didedahkan juga dengan topik stratigrafi
iaitu suatu ilmu yang mempelajari tentang lapisan-lapisan batuan serta hubungan
lapisan batuan itu dengan lapisan batuan yang lainnya yang bertujuan untuk
mendapatkan pengetahuan tentang sejarah bumi. Semasa latihan amali pula peserta
diajarkan bagaimana cara untuk mengkelaska saiz batuan.
- Penilaian peserta bagi modul ini adalah berdasarkan kepada kuiz, ujian, latihan amali dan peperiksaan.
TEKNOLOGI MAKLUMAT
Jabatan : Grafik Komputer dan Multimedia
Fakulti : Sains Komputer dan Sistem Maklumat
No sambungan : 32321
Email : shahrizal@utm.my
Sinopsis :
Di dalam modul Teknologi Maklumat memperkenalkan tentang
Cloud Computing dan Dropbox yang merangkumi pengenalan tentang Cloud Computing,
cara penggunaan dropbox serta kebaikan dan keburukan Cloud Computing kepada
pengguna. Disamping itu, staf telah diberi pendedahan tentang topik Etika
& Profesional di Alam Maya. Staf juga telah diperkenalkan tentang blog
dan cara penggunaan blog serta manfaat daripada penggunaan blog. Selain itu,
pencarian maklumat melalui search engine,
komunikasi melalui blog dan forum, social
networking seperti facebook, twitter
dan email seperti gmail dan hotmail diketengahkan melalui kursus
ini. Sebagai pengguna ICT, kursus ini juga akan menekankan isu-isu pemilikan
dan hak cipta perisian, keselamatan melalui ancaman virus, worm, dan trojan
horse, salah laku dan penggodaman rangkaian internet dan komputer. Satu lawatan
telah di adakan di Pusat Maklumat Iskandar Malaysia (IMIC), Pusat Konvesyen
Danga Bay, Johor Bahru, Johor bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
para peserta kursus tentang teknologi yang digunakan disana dalam menyampaikan
maklumat serta mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang Iskandar Malaysia.
Segala tugasan yang telah diberikan dan laporan tentang lawatan di kehendaki
dihantar melalui blogspot dan dropbox.
Sekian...





No comments:
Post a Comment