Thursday, 7 February 2013

SEUNTAI KATA UNTUK DI RASA

Assaalamualaikum w.b.t.

BRIDGING PROGRAMME SEM 1 TAHAP 2- TEKNOLOGI MAKLUMAT

Terlebih dahulu sebelum memulakan tugasan yang di berikan, izinkan saya menulis sepatah dua kata sebagai pembuka blog saya yang terbaru ini. Modul Teknologi Maklumat (IT) merupakan salah satu modul yang wajib diikuti oleh staf Kursus Peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains. Selain daripada mempelajari tentang Cloud Computing, Dropbox dan Etika Profesional di Alam Maya, blog yang saya hasilkan ini juga merupakan salah satu tugasan yang perlu disiapkan di dalam modul Teknologi Maklumat. Segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah seperti Laporan Lawatan ke Pusat Maklumat  Iskandar Malaysia, pengetahuan tentang Cloud Computing serta beberapa tugasan yang lain akan dimasukkan ke dalam blog ini. 

Dikesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada PM Dr. Shahrizal Sunar dengan ilmu yang telah disampaikan dan kepada semua sahabat kursus bridging yang secara tidak langsung turut membantu dalam menyiapkan blog informasi ini. Diharap dengan catatan saya ini segala ilmu pengetahuan dan pengalaman dapat dikongsikan bersama. 

Antara tugasan yang dimuatkan di dalam blog saya ini adalah:


  1. Laporan lawatan ke Iskandar Malaysia Information Center (IMIC)
  2. Teknologi Cloud Computing
  3. Etika Profesional di Alam Maya
  4. Laporan ringkasan (log) bagi setiap matapelajaran.


SELAMAT MEMBACA..:)

 

Salam Ukhuwah.
 photo SIGNATURE_zps92e1641f.png

No comments:

Post a Comment